Powered By Blogger

Thursday, 25 August 2011

Origami Kehidupan: Kehidupan Melipat Kertas

Tangan aku gatal hendak menaip-----> Sooo, I'm going to ce cite ce cite apahal blog ini dinamakan Origami Kehidupan:

Masa aku buat blog, pening kepala aku fikir apa nama yang aku nak pakai for blog ni. Berikut ialah nama-nama yang terlintas di dalam otak aku:
  • Ikan Emas
  • PolkaDot
  • Crane Putih
  • Si Baju Tidur
  • Si Bunga Layu
  • Sediakan Payung Sebelum Hujan
  • Pembaca Jalanan
  • Roda Kehidupan
  • Ketawa Sekarang, Nanti Kau Nangis
  • Matahari Terbit
P/S: cukup lah skadar tu, memang panjang list nama blog yang aku fikirkan, sampai aku GOOGLE kan. Entah pape :)

Akhirnya, aku pilih ORIGAMIKEHIDUPAN yang memang tak terlintas langsung pun nama tu dalam fikiran aku. Origami ni berasal dari dua perkataan iaitu ori dan gami yang digabungkan bersama dan membentuk Origami. Ori bermaksud melipat & Gami bermaksud kertas : MELIPAT KERTAS. HAHAHA! So, blog aku ni nama penuh nya KEHIDUPAN MELIPAT KERTAS dan nama glamournya ORIGAMI KEHIDUPAN. Oyaaa! nama blog ni bukan kerana Owner nya kerja sebagai tukang melipat kertas but kehidupan kita seperti kertas yang dilipat, terlalu banyak halangan, cabaran yang boleh membuatkan kita jatuh tersungkur. Jikalau kita tewas, kita perlu bangkit semula kerana ada perkara yang lebih baik menanti kita. Pengalaman mengajar kita dan mematangkan kita. CREDIT TO CIK EURICCA COMEL yang mencadangkan nama blog ini. Thank youuuuuuu my friend <3


                                                             Origami Cranes

No comments:

Post a Comment